Fabermax & Cascara Sagrada (Julap)

buat masa sekarang...kehabisan stok!!!

Produk ini adalah hasil formula Dr. Hajjah Fatimah (N.D) sendiri.

PSYLLIUM PLUS - FABERMAX (berperisa oren)
Khasiat Utama: Membersihkan kotoran-kotoran (toksin) yang melekat pada dinding usus

Melawaskan pembuangan air besar

Untuk kandungan dan cara pengambilan, klik sini.

HARGA:
RM115.00

Harga Ahli:
RM99.00 / kotak(30 sachet)
RM280.00 / set (3 kotak)



CASCARA SAGRADA (JULAP)

Produk ini juga merupakan hasil formula Dr. Hajjah Fatimah (N.D) sendiri.

Khasiat utama: membantu masalah sembelit yang kronik
Tidak mengakibatkan cirit- birit

Untuk kandungan dan cara pengambilan, klik sini.

Harga
RM52.00


Harga Ahli:

RM45.00 / botol
(30 kapsul)

CASCARA SAGRADA

RM120.00 / set (3 botol)

(untuk ahli sahaja)

Pau D'Arco

PAU D'ARCO


Produk ini adalah hasil formula Dr. Hajjah Fatimah (N.D) sendiri.


Khasiat utama: Anti kebengkakkan & anti bakteria

Menyingkir toksik dan mempercepatkan pengecutan sebarang ketumbuhan (tumor).


Untuk kandungan dan cara pengambilan, klik sini.

Harga:

RM72.00


Harga Ahli:

RM65.00 (100 kapsul)

RM180.00/ set ( 3 botol)
(untuk ahli sahaja)

XOOMA X2O

XOOMA X20

Khasiat utama: Menyingkirkan asid berlebihan daripada badan & mengalkalikannya.

Untuk kandungan dan cara pengambilan, klik sini.

Juga berkesan untuk menurunkan berat badan!!
Testimoni:


1 PEKET (5 PEK)
RM150.00


Harga 1 PEK: RM35


BOTOL KHAS XOOMA
RM40.00

Klorofil Plus


KLOROFIL PLUS

Produk ini adalah hasil formula Dr. Fatimah (N.D) sendiri
Khasiat
utama: Membersihkan darah & usus daripada sisa-sisa toksik

Untuk kandungan dan cara pengambilan, klik sini.

Harga

RM52.00


Harga Ahli:

RM45.00
RM120.00 /set (3 tube)

Cara pengambilan terbaik produk-produk kami

Untuk mendapat kesan yang terbaik di dalam merawat permasalahan kesihatan anda, anda digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 1 produk daripada setiap kategori di bawah:

PEMBERSIHAN USUS

1. Psyllium Plus - Fabermax
2.Cascara Sagrada (jika mengalami sembelit yang teruk sahaja)


PENYINGKIRAN TOKSIK

Pau D'Arco

PEMBAIKAN & PEMULIHAN

Xooma X2o
Rangkaian Produk Hovid Pure

PENJAGAAN KESIHATAN AM

Klorofil Plus
Rangkaian Produk Hovid Pure

Ini hanyalah saranan daripada pihak kami. Anda boleh mencuba mana-mana produk yang diatas secara bersendirian, sesuai dengan masalah kesihatan yang anda alami.

Produk kami adalah 100% berasaskan herba semulajadi. Tiada bahan kimia tiruan atau dadah.

Produk-produk kami BEBAS daripada kesan sampingan yang merbahaya.

Sesetengah pesakit akan mengalami krisis penyembuhan ("healing crisis") iaitu satu proses di mana toksin sedang disingkirkan daripada badan secara beransur-ansur. Ketidakselesaan itu akan beransur-ansur hilang selepas toksin berjaya disingkirkan daripada badan.

Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan biasa, juga boleh mengambil produk kami. Jangan hentikan pengambilan ubat-ubatan tanpa sebarang arahan daripada doktor yang merawat anda.

Selangkan pengambilan poduk kami dengan ubat-ubatan anda selama 2 jam.

Khasiat PAU D'ARCO

PAU D’ARCO dikenali dengan nama saintifik TABEBUI AVELLANDEDAE atau T. IMPETIGINOSA. Ia dijumpai di hutan dan pergunungan Paraguay, Argentina dan Brazil. Tumbuhan ini berkemampuan untuk rawatan berkesan bagi penyakit kanser, Leukemia, Candida dan jangkitan-jangkitan lain. Bahagian pokok ini yang mempunyai khasiat ubat terletak pada lapisan sebelah dalam kulitnya, disebut floem.

Mengapa kita perlukan PAU D’ARCO?

Mekanisme pertahanan badan kita merosot setiap kali berhadapan dengan pencemaran, toksin atau radikal bebas daripada udara, air dan makanan yang kita ambil. PAU D’ARCO yang banyak mengandungi sebatian lapachol terutamanya, berkesan menentang virus bawaan udara dan juga virus bukan bawaan udara. Ia menguatkan sistem imun (kebal) kita. Dengan itu, mekanisme pertahanan badan boleh melawan serta melindungi daripada jangkitan dan kanser. PAU D’ARCO juga didapati mampu merangsang pengeluaran sel darah merah dalam sumsum tulang. Ia menggalakkan pengaliran oksigen dalam darah

Khasiat PAU D’ARCO

1.Mengatasi demam, jangkitan kuman dan selsema.
2.Membantu dalam masalah pernafasan.
3.Melegakan dan mempercepat proses penyembuhan ulser kulit dan bisul serta gangguan kulit seperti ekzema.
4.Merangsang pengeluaran sel darah merah.
5.Mengandungi agen antitumor – kesan analgesik mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan kanser.
6.Agen antiinflamatori mengurangkan kesakitan, inflamasidan pelbagai gejala artritis.
7.Antivirus – terutama berkesan dalam mengatasi penyakit venereal.
8.Antioksidan – merencatkan penghasilan radikal bebas yang boleh memperlahankan proses penuaan.
9.Antifungal – boleh disapu pada bahagian berkenaan untuk menyekat pertumbuhan fungus, Candida dan jangkitan yis.
10.Secara sederhana membantu pergerakan usus dan memelihara pergerakan secara teratur.
11.Menyekat segala jenis masalah gastrousus.


Tindakan Pembersihan

Badan mempunyai hanya empat proses asas untuk menyingkirkan bahan buangan: pergerakan usus besar, pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kencing. Semasa sisa – sisa toksik serta bahan buangan dikeluarkan daripada sel atau dinyahkan atau disingkirkan daripada sel secara fisiologi menerusi tindakan herba, bahan buangan ada ketikanya mudah berkumpul di dalam darah, limfa, nodus limfa, kulit, hati dan buah pinggang menanti untuk disingkirkan daripada badan.
Penggunaan PAU D’ARCO boleh membebankan proses-proses ini diperingkat awal sehingga boleh menimbulkan rasa kurang selesa. Tidak perlu bimbang. Tanda sementara ini hilang sebaik sahaja toksin mula bergerak bebas keluar daripada badan. Ini tanda positif bahawa herba tersebut sedang bertindak.

CARA PENGAMBILAN PAU D'ARCO

Pengambilan kali pertama: 1 kapsul - 3 kali/sehari
Maksima : 2 kapsul - 3 kali sehari

Bilangan dos boleh dinaikkan HANYA SELEPAS TIADA krisis penyembuhan seperti pening kepala, demam, sakit-sakit badan dsb berlaku.

Di ambil selepas makan. Jangan diambil ketika datang haid dan mengandung.

Khasiat KLOROFIL PLUS

KLOROFIL PLUS mengandungi klorofil sebagai kandungan utamanya. Klorofil merupakan pigmen hijau tumbuh-tumbuhan yang menyerap cahaya untuk menghasilkan tenaga bagi tumbuhan melalui proses fotosintesis. Bagi para penyelidik, klorofil umpama darah tumbuhan seperti juga sel darah merah pada manusia.

Terhasil daripada ekstrak pokok Alfafa, pati berketulenan tinggi ini telah menjalani 15 peringkat teknikal supaya sesuai menjadi minuman berkhasiat yang berfaedah bagi tubuh manusia. Alfafa ialah sejenis tumbuhan paling berkhasiat yang dianugerahkan Ilahi. Akarnya menjalar jauh ke dalam perut bumi sehingga sedalam 40 kaki. Bayangkan betapa kayanya Alfafa dengan zat makanan.

Antara khasiat produk KLOROFIL PLUS adalah seperti berikut:

1. Sebagai bahan pembersihKLOROFIL PLUS bertindak menyuburkan usus dan mencegah bertambahnya angin atau gas akibat tindakan penapaian bakteria tertentu, Gas yang terperangkap dalam usus besar membuatkan anda berasa tidak selesa. Ia bukan sahaja menyekat kegiatan bakteria, bahkan juga membersihkan usus daripada segala sisa toksik.

2. Sebagai bahan antiplak gigiKLOROFIL PLUS juga bertindak sebagai pembersih gigi. Ia menolong mencegah pembentukan asid bakteria pada permukaan gigi, punca bertambahnya plak (karang) gigi. Apabila meminum KLOROFIL PLUS, anda sebenarnya menentang plak.

3. Sebagai deoderon asliKLOROFIL PLUS menghasilkan oksigen yang mewujudkan suasana yang kurang baik bagi bakteria penyebab bau busuk dan keradangan. Apabila perut tidak berfungsi dengan sempurna untuk mencernakan makanan, makanan tersebut boleh mengakibatkan bertambahnya toksin dan gas berbau busuk. KLOROFIL PLUS berkesan menyingkirkan bau nafas. Ia juga menghapuskan bau badan akibat tindakan bakteria ke atas kelenjar peluh yang terletak di bawah kulit.

4. Sebagai bahan antiseptikKLOROFIL PLUS dapat bertahan daripada terjejas oleh jus pencernaan dari mulut ke perut hingga duodenum (pangkal usus kecil). Sepanjang perjalanan di dalam salur pencernaan, ia mengekalkan sifat antiseptiknya untuk melaksanakan tugas pembersihan dengan sempurna. KLOROFIL PLUS berupaya melegakan sakit-sakit biasa seperti kerongkong, ulser mulut dan keradangan. Ia berfaedah bagi mereka yang menghidapi penyakit yang berkait dengan salur pencernaan, misalnya ulser dalam perut, usus kecil, usus besar dan dubur.

5. Sebagai pelindung kesihatanKLOROFIL PLUS mampu menebalkan dinding sel lalu meningkat daya untuk menentang penyusupan bakteria berbahaya.

6. Sebagai bahan penyembuhKLOROFIL PLUS didapati menggalakkan penyerapan zat besi di dalam darah dan membantu menyingkirkan toksin daripada darah. Ini bermakna darah dibersihkan dan dengan terhapusnya jangkitan kulit, kulit akan kelihatan lebih bersih. Luka sembuh lebih cepat oleh sebab KLOROFIL PLUS merangsang pertumbuhan tisu dan sel.


CARA PENGAMBILAN KLOROFIL PLUS:

Titikkan (puff) 1@2 kali serbuk KLOROFIL PLUS ke dalam segelas air kosong. Boleh juga diambil bersama air berperisa.

Boleh diminum pada bila-bila masa dan juga boleh dijadikan minuman harian sebagai pengganti minuman manis lain yang kurang berkhasiat.

Khasiat CASCARA SAGRADA (JULAP)

CASCARA SAGRADA juga dinamakan sebagai Sacred Bark dan Chittem Bark adalah herba yang terhasil daripada kulit sejenis tumbuhan iaitu Rhamnus Purshiana. Orang asli Amerika lazimnya menggunakan herba tersebut untuk mengubati masalah sembelit dan perut bermasalah.

CASCARA SAGRADA merupakan sejenis julap yang selamat untuk mengatasi masalah sembelit ringan dan kronik tanpa ketagihan.

Antara khasiat herba yang terkandung di dalam produk ini termasuklah:

1.Membantu sistem pencernaan dengan cara merangsangkan pengeluaran bendalir perut, hati, pankreas dan hempedu.

2.Untuk mengubati demam kuning, buasir dan sakit perut.

3.Agen pembersihan badan dan menyingkirkan toksik dari badan.

4.Bersifat sebagai antibiotik dalam sistem pencernaan. Sangat berkesan untuk mengatasi semua masalah berkaitan penghadaman makanan.

5.Melegakan sistem bersaraf dan membantu supaya tidur lena kalau diambil sebelum tidur

6.Berkesan untuk mencegah pembentukan batu karang.

7.Membantu untuk menghapuskan batu karang dari hempedu.


Tindakan sebagai julap akan berkesan dalam tempoh 6 hingga 8 jam selepas pengambilannya. Adalah biasa sekiranya CASCARA SAGRADA mungkin menjadikan air kencing berwarna kemerahan buat sementara.

Tidak dinasihatkan bagi ibu mengandung dan ibu yang menerima rawatan, juga kepada mereka yang bermasalah ulser dan usus.

CARA PENGAMBILAN CASCARA SAGRADA

1 atau 2 biji kapsul apabila mengalami sembelit yang teruk sahaja. Di ambil selepas makan.