Khasiat PAU D'ARCO

PAU D’ARCO dikenali dengan nama saintifik TABEBUI AVELLANDEDAE atau T. IMPETIGINOSA. Ia dijumpai di hutan dan pergunungan Paraguay, Argentina dan Brazil. Tumbuhan ini berkemampuan untuk rawatan berkesan bagi penyakit kanser, Leukemia, Candida dan jangkitan-jangkitan lain. Bahagian pokok ini yang mempunyai khasiat ubat terletak pada lapisan sebelah dalam kulitnya, disebut floem.

Mengapa kita perlukan PAU D’ARCO?

Mekanisme pertahanan badan kita merosot setiap kali berhadapan dengan pencemaran, toksin atau radikal bebas daripada udara, air dan makanan yang kita ambil. PAU D’ARCO yang banyak mengandungi sebatian lapachol terutamanya, berkesan menentang virus bawaan udara dan juga virus bukan bawaan udara. Ia menguatkan sistem imun (kebal) kita. Dengan itu, mekanisme pertahanan badan boleh melawan serta melindungi daripada jangkitan dan kanser. PAU D’ARCO juga didapati mampu merangsang pengeluaran sel darah merah dalam sumsum tulang. Ia menggalakkan pengaliran oksigen dalam darah

Khasiat PAU D’ARCO

1.Mengatasi demam, jangkitan kuman dan selsema.
2.Membantu dalam masalah pernafasan.
3.Melegakan dan mempercepat proses penyembuhan ulser kulit dan bisul serta gangguan kulit seperti ekzema.
4.Merangsang pengeluaran sel darah merah.
5.Mengandungi agen antitumor – kesan analgesik mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan kanser.
6.Agen antiinflamatori mengurangkan kesakitan, inflamasidan pelbagai gejala artritis.
7.Antivirus – terutama berkesan dalam mengatasi penyakit venereal.
8.Antioksidan – merencatkan penghasilan radikal bebas yang boleh memperlahankan proses penuaan.
9.Antifungal – boleh disapu pada bahagian berkenaan untuk menyekat pertumbuhan fungus, Candida dan jangkitan yis.
10.Secara sederhana membantu pergerakan usus dan memelihara pergerakan secara teratur.
11.Menyekat segala jenis masalah gastrousus.


Tindakan Pembersihan

Badan mempunyai hanya empat proses asas untuk menyingkirkan bahan buangan: pergerakan usus besar, pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kencing. Semasa sisa – sisa toksik serta bahan buangan dikeluarkan daripada sel atau dinyahkan atau disingkirkan daripada sel secara fisiologi menerusi tindakan herba, bahan buangan ada ketikanya mudah berkumpul di dalam darah, limfa, nodus limfa, kulit, hati dan buah pinggang menanti untuk disingkirkan daripada badan.
Penggunaan PAU D’ARCO boleh membebankan proses-proses ini diperingkat awal sehingga boleh menimbulkan rasa kurang selesa. Tidak perlu bimbang. Tanda sementara ini hilang sebaik sahaja toksin mula bergerak bebas keluar daripada badan. Ini tanda positif bahawa herba tersebut sedang bertindak.

CARA PENGAMBILAN PAU D'ARCO

Pengambilan kali pertama: 1 kapsul - 3 kali/sehari
Maksima : 2 kapsul - 3 kali sehari

Bilangan dos boleh dinaikkan HANYA SELEPAS TIADA krisis penyembuhan seperti pening kepala, demam, sakit-sakit badan dsb berlaku.

Di ambil selepas makan. Jangan diambil ketika datang haid dan mengandung.

No comments:

Post a Comment