Khasiat CASCARA SAGRADA (JULAP)

CASCARA SAGRADA juga dinamakan sebagai Sacred Bark dan Chittem Bark adalah herba yang terhasil daripada kulit sejenis tumbuhan iaitu Rhamnus Purshiana. Orang asli Amerika lazimnya menggunakan herba tersebut untuk mengubati masalah sembelit dan perut bermasalah.

CASCARA SAGRADA merupakan sejenis julap yang selamat untuk mengatasi masalah sembelit ringan dan kronik tanpa ketagihan.

Antara khasiat herba yang terkandung di dalam produk ini termasuklah:

1.Membantu sistem pencernaan dengan cara merangsangkan pengeluaran bendalir perut, hati, pankreas dan hempedu.

2.Untuk mengubati demam kuning, buasir dan sakit perut.

3.Agen pembersihan badan dan menyingkirkan toksik dari badan.

4.Bersifat sebagai antibiotik dalam sistem pencernaan. Sangat berkesan untuk mengatasi semua masalah berkaitan penghadaman makanan.

5.Melegakan sistem bersaraf dan membantu supaya tidur lena kalau diambil sebelum tidur

6.Berkesan untuk mencegah pembentukan batu karang.

7.Membantu untuk menghapuskan batu karang dari hempedu.


Tindakan sebagai julap akan berkesan dalam tempoh 6 hingga 8 jam selepas pengambilannya. Adalah biasa sekiranya CASCARA SAGRADA mungkin menjadikan air kencing berwarna kemerahan buat sementara.

Tidak dinasihatkan bagi ibu mengandung dan ibu yang menerima rawatan, juga kepada mereka yang bermasalah ulser dan usus.

CARA PENGAMBILAN CASCARA SAGRADA

1 atau 2 biji kapsul apabila mengalami sembelit yang teruk sahaja. Di ambil selepas makan.

No comments:

Post a Comment