Khidmat Kami

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan:

Rawatan Kesihatan

Syarikat kami menawarkan khidmat rawatan kesihatan alternatif iaitu melalui kaedah Iridologi iaitu mengesan punca penyakit melalui anak mata. Dalam rawatan Naturopati ini, kami mengajar pesakit menggunakan segala fitrah (nature) yang ada di dalam dirinya, spiritual, mental, emosi dan fizikal dan nature yang ada disekeliling dirinya seperti orang, binatang, udara, air, tumbuhan dan tenaga fitrah yang lain untuk berada di dalam keadaan harmoni. Kami turut menggunakan kaedah minda separa sedar (subconscious mind) untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit.


Ceramah Kesihatan dan Kursus Asas

Kami turut memberi ceramah kesihatan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan secara sihat dan semulajadi, bagaimana menangani tekanan (stress) secara positif bagi menjaga keseimbangan antara mental, spiritual, emosi dan fizikal insan.
Kami turut menyediakan kursus-kursus asas Iridologi dan Terapi Natural, herba-herba, Kuasa Minda dan terapi alternatif yang berkaitan.


Pembekalan Makanan Tambahan

Selain itu, kami turut menjadi pembekal dan pengedar makanan tambahan (supplement) yang berasaskan herba dan bahan-bahan semulajadi. Produk-produk yang ditawarkan termasuklah produk yang kami formulakan sendiri yang berasaskan 100% bahan semulajadi. Kami turut membekal produk-produk kesihatan terbaik daripada syarikat luar sebagai produk sampingan.



Nota: Dr. Hajjah Fatimah (N.D) sering dijemput memberi ceramah kesihatan di pelbagai institusi kerajaan, swasta mahupun sekolah dan pusat pengajian tinggi. Antara tajuk yang sering menjadi pilihan ialah "Cara-cara menangani tekanan (stres) secara natural" dan "Bagaimana memanfaatkan kuasa minda separa sedar ke arah kecemerlangan diri".

Sebarang jemputan ceramah boleh diajukan melalui surat yang difax ke pejabat kami ataupun menghubungi kami ataupun beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment