Khasiat PSYLLIUM PLUS - FABERMAX

Produk ini terhasil daripada campuran psyllium husk dan juga bakteria baik (good bacteria) iaitu Prebiotic FOS (fructo-oligosacharride).

Psyllium dikenali dengan nama saintifik PLANTA OVATA atau PLANTAGO PSYLLIUM L. Biji benihnya yang halus berisi lendir. Apabila dicampur dengan air ia menjadi kembang dan besar 14 kali kandungan airnya. Dalam keadaan begini ia kelihatan seperti gel (agar-agar). Sejak zaman purbakala lagi, biji benih Psyllium telah digunakan sebagai julap yang amat berkesan.

Sebagai bahan daripada tumbuhan, ia bertindak melincir dan membersih usus serentak, tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan yang mudarat – baik dari segi kesan jiwa atau kimia.

Psyllium juga dikatakan boleh melegakan sejenis penyakit yang disebut autointoksikasi, yakni badan meracuni diri dengan mengeluarkan serta menyerap lebihan sisa buangan usus. Menurut herbalis, Psyllium menyingkirkan bahan-bahan mudarat ini.


Kajian mengenai Psyllium

Para penyelidik di Universiti of Minnesota dan Hennepin Country Medical Centre mendapati bahawa Psyllium sejenis serat asli yang dibuat daripada biji benih, menurunkan tahap kolestrol sebanyak 4.8 peratus.

Hasilnya, lipoprotein ketumpatan rendah yang dianggap para pakar kesihatan amat berbahaya, juga turun sebanyak 4.8 peratus.

Para pesakit dalam kajian itu telah diberi diet rendah lemak selama tiga bulan sebelum memulakan rawatan dengan Psyllium. Penurunan tahap kolestrol merupakan tambahan kepada apa yang mereka capai sebelum ini.

75 orang pesakit yang terlibat dalam kajian itu setiap hari mengambil matemucil, sejenis julap yang menggalakkan penyerapan bahan toksik dan mencegah penyerapan semula bahan kimia toksik daripada salur usus ke dalam aliran darah.

Walaupun Psyllium begitu berkesan menyingkirkan himpunan sisa berminyak dalam usus kecil kita serta “memberus” tahi keras toksik yang melekat di dinding usus besar, tetapi kehalusan kulitnya tidak pula mengikis dinding usus.



Khasiat PSYLLIUM PLUS - FABERMAX

Lebih dikenali sebagai “Berus Usus Besar”.

PSYLLIUM PLUS - FABERMAX tidak mempunyai apa-apa nilai pemakanan. Tugasnya yang utama ialah membersih serta “memberus” usus kecil dan usus besar, lalu mengikat bahan toksik untuk dikumuhkan.

PSYLLIUM PLUS - FABERMAX melegakan dan mencegah autointoksikasi atau toksemia (yakni apabila toksin daripada bahan sisa diserap semula ke dalam aliran darah dan sistem tubuh menerusi dinding usus). Inilah punca lebih 90% sakit dan penyakit yang dihinggapi masyarakat kita hari ini.

Tetapi, setelah ditambah dengan bakteria baik, selain membersihkan usus, PSYLLIUM PLUS - FABERMAX turut memberi khasiat tambahan kepada sistem pencernaan.


Khasiat Bakteria Baik di dalam PSYLLIUM PLUS - FABERMAX


Bakteria baik, Prebiotic FOS (fructo-oligosacharride) di dalam produk ini merupakan karbohidrat yang tak terhadam. Ia berfungsi menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti pelbagai jenis bakteria baik di dalam salur pencernaan manusia. Ia amat penting untuk memastikan keterushidupan bakteria-bakteria baik di dalam badan manusia. Kombinasi bakteria-bakteria tersebut dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan serta membantu proses detoksifikasi dengan lebih berkesan.


CARA PENGAMBILAN PSYLLIUM PLUS - FABERMAX

Pengambilan kali pertama: 1/2 paket PSYLLIUM + 3/4 gelas air - 4 kali/sehari. (Setelah dibancuh hendaklah diminum dengan segera sebelum ia mengembang dan menjadi seperti agar-agar)
Amalkan sehingga proses pembuangan air besar menjadi normal iaitu sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
Diambil sebelum makan.
Setelah itu boleh dijadikan amalan harian dengan mengambil 1 paket + 1 gelas air - 1 kali/sehari.

9 comments:

  1. saya mengalami masalah sembelit semasa mengandung, soalan saya adakah wanita mengandung boleh mengambil fabermax?

    ReplyDelete
  2. bolehkah faber max di gunakan utk menurunkan berat badan?

    ReplyDelete
  3. wanita mengandung masih boleh mengambil fabermax.

    fabermax boleh membantu menurunkan berat badan jika diambil pada waktu pagi sebagai bekalan serat. Perut akan terasa kenyang jadi dapat mengurangkan rasa ingin makan yang berlebihan.

    ReplyDelete
  4. Bolehkah sekiranya anak kecil berusia 3 tahun untuk menggunakan produk ini? berapa sukatan yg dikenakan? Mungkinkah ada kesan sampingan yg lain?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. bolehkah wanita menyusukan anak minum ?
    tq

    ReplyDelete
  6. saya mengalami sembelit yang agak teruk juga. saya agak susah buang air besar dan jika keluar pun najis saya sedikit dan kecik2. Saya ade ambil fabermax semalam dan pagi ni memang najis saya keluar dengan banyak dan rasa agak lawas. Persoalannye adakah pengambilan fabermax ni secara kerap boleh memudaratkan? kalo boleh saya ingin mengambil fabermax ni selalu sebab saya dah beberape tahun susah buang air besar dan juga kekadang badan rasa mcm lemah dan sakit seperti ade toksin dalam badan.saya juga kerap kena gastro reflux sampai menyukarkan saya bernafas.

    ReplyDelete
  7. boleh ker pengambilan fabermax ni menjadikan otot di perut dan usus menjadi lemah?

    ReplyDelete
  8. Bolehkah wanita yg menyusukan anak minom??

    ReplyDelete
  9. Salam..jika boleh saya jawabkan. Bagi masalah sembelit dan pengambilan produk tersebut utk membuang segala najis dan kekotoran najis lama,keras dan melekat di dinding usus setelah sekian lama tidak akan memudaratkan dan menyebabkan otot perut menjadi lemah. Najis itu telah disimpan bertahun-tahun. Jadi proses pembuangan akan mengembalikan keelastikan usus dan keupayaan fungsi usus menyerap nutrien baik untuk kesihatan. Bayangkan salur air atau longkang di rumah kita yang tidak dibersihkan. Ia makin lama berubah hitam dan mempunyai selaput2 di dinding longkang. Pengambilan ini haruslah secara istiqamah. Kurangkan pengambilan makanan yang berat berlemak sewaktu proses detoksifikasi. Berfikir secara positif akan mempercepatkan proses pemulihan dalaman. Insya Allah

    ReplyDelete