KLOROFIL PLUS mengandungi klorofil sebagai kandungan utamanya. Klorofil merupakan pigmen hijau tumbuh-tumbuhan yang menyerap cahaya untuk menghasilkan tenaga bagi tumbuhan melalui proses fotosintesis. Bagi para penyelidik, klorofil umpama darah tumbuhan seperti juga sel darah merah pada manusia.
Terhasil daripada ekstrak pokok Alfafa, pati berketulenan tinggi ini telah menjalani 15 peringkat teknikal supaya sesuai menjadi minuman berkhasiat yang berfaedah bagi tubuh manusia. Alfafa ialah sejenis tumbuhan paling berkhasiat yang dianugerahkan Ilahi. Akarnya menjalar jauh ke dalam perut bumi sehingga sedalam 40 kaki. Bayangkan betapa kayanya Alfafa dengan zat makanan.
Antara khasiat produk KLOROFIL PLUS adalah seperti berikut:
1. Sebagai bahan pembersih – KLOROFIL PLUS bertindak menyuburkan usus dan mencegah bertambahnya angin atau gas akibat tindakan penapaian bakteria tertentu, Gas yang terperangkap dalam usus besar membuatkan anda berasa tidak selesa. Ia bukan sahaja menyekat kegiatan bakteria, bahkan juga membersihkan usus daripada segala sisa toksik.
2. Sebagai bahan antiplak gigi – KLOROFIL PLUS juga bertindak sebagai pembersih gigi. Ia menolong mencegah pembentukan asid bakteria pada permukaan gigi, punca bertambahnya plak (karang) gigi. Apabila meminum KLOROFIL PLUS, anda sebenarnya menentang plak.
3. Sebagai deoderon asli – KLOROFIL PLUS menghasilkan oksigen yang mewujudkan suasana yang kurang baik bagi bakteria penyebab bau busuk dan keradangan. Apabila perut tidak berfungsi dengan sempurna untuk mencernakan makanan, makanan tersebut boleh mengakibatkan bertambahnya toksin dan gas berbau busuk. KLOROFIL PLUS berkesan menyingkirkan bau nafas. Ia juga menghapuskan bau badan akibat tindakan bakteria ke atas kelenjar peluh yang terletak di bawah kulit.
4. Sebagai bahan antiseptik – KLOROFIL PLUS dapat bertahan daripada terjejas oleh jus pencernaan dari mulut ke perut hingga duodenum (pangkal usus kecil). Sepanjang perjalanan di dalam salur pencernaan, ia mengekalkan sifat antiseptiknya untuk melaksanakan tugas pembersihan dengan sempurna. KLOROFIL PLUS berupaya melegakan sakit-sakit biasa seperti kerongkong, ulser mulut dan keradangan. Ia berfaedah bagi mereka yang menghidapi penyakit yang berkait dengan salur pencernaan, misalnya ulser dalam perut, usus kecil, usus besar dan dubur.
5. Sebagai pelindung kesihatan – KLOROFIL PLUS mampu menebalkan dinding sel lalu meningkat daya untuk menentang penyusupan bakteria berbahaya.
6. Sebagai bahan penyembuh – KLOROFIL PLUS didapati menggalakkan penyerapan zat besi di dalam darah dan membantu menyingkirkan toksin daripada darah. Ini bermakna darah dibersihkan dan dengan terhapusnya jangkitan kulit, kulit akan kelihatan lebih bersih. Luka sembuh lebih cepat oleh sebab KLOROFIL PLUS merangsang pertumbuhan tisu dan sel.
CARA PENGAMBILAN KLOROFIL PLUS:
Titikkan (puff) 1@2 kali serbuk KLOROFIL PLUS ke dalam segelas air kosong. Boleh juga diambil bersama air berperisa.
Boleh diminum pada bila-bila masa dan juga boleh dijadikan minuman harian sebagai pengganti minuman manis lain yang kurang berkhasiat.
terimakasih sdh berbagi
ReplyDeletesukses utk kita semua
salam kenal